Cinta perlukan PENGORBANAN,
Tanpa pengorbanan,
Cinta itu buta,
Buta akan cahaya,
Cahaya kebahagian,
Yang kekal,
Selamanya…..
Cinta. Satu perkataan yang susah diungkap. Susah ditafsir. Susah difahami. Cinta!! Hmm.. aku masih tidak mengerti… aku masih mencari-cari… dalam kegelapan.. “apa erti cinta??”. Cinta sejati? Ustaz Razalai pernah berkata cinta sejati hanya untuk Allah dan Rasulnya. Tapi.. bagaimana dengan perasaan kasih sayang antara manusia? Kasih sayang antara insan sesama insan? Apa perlu diberi gelaran?? Hmm… cinta. Apabila aku terfikir akan cinta, hanya Natasha yang muncul difikiranku.. siapa Natasha?
Cintaku? Yang pasti, aku rindu pada mu, Natasha.. aku rindu pada mu… ohh Natasha!!
Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
(Bila Rindu – Ruffedge)
Entah mengapa bila aku teringatkan Natasha, lagu itu yang ku nyanyikan. Lagu itu telah menyatakan betapa kuatnya perasaan rindu aku terhadap Natasha. Peristiwa zaman silam kembali berlegar legar di fikiran ku..
“Acha…”
“ ye.. nak ape Wan?” Pantas Natasha menoleh ke arah ku. Mukaku pucat lesi semasa menemaninya ke Shopping Mall.
“Wan, Wan sakit ker?” soalnya lagi.
“Wan sihat.. Wan nak cakap sesuatu kat Acha nie..”
“Ape dia?” muka Natasha yang manis terus berubah. Dahinya berkerut. Mungkin pelik melihat telatahku yang berlainan dari hari yang lain.
“Wan nak masuk hostel..” muka Natasha terus merah. Aku ternampak air matanya menjatuhi bumi..
“Hey Acha.. are u okay? Why are u crying?” soalku kehairanan. Mengapa Natasha menangis? Apa yang telah aku buat? Natasha terus membisu dan meminta aku membawanya pulang.
Pada malam sebelum aku ke hostel, satu peristiwa yang paling tidak dapat aku lupakan berlaku. Bulan purnama menerangi alam. Sungguh nyaman berada di taman bersama Natasha.
“Irwan..” suaranya yang manja menyebabkan hatiku berdegup kencang.
“Ye Acha.. Hey im so sorry.. why are u crying that evening?” soalku. Aku mesti mengetahui punca air mata seorang gadis yang aku sayang itu mengalir.
“Boleh tak Wan jangan tinggalkan Acha..?” pintanya kedengaran seperti mahu menangis.
“Hmm.. Kenapa Acha cakap camtu.. Hey.. Im not going to leave u alone.. okay.. don’t cry please.. nanti muka macam Nenek Kebayan.. buruk.. hodoh.. takder sape nak pinang Natasha nanti.. hahahaha” aku cuba membuat dia ketawa. Ternyata.. dia senyum kembali. Senyuman Natasha menyebabkan hatiku tenang.
“Eii.. Jahat!! Cubit kang!’ Natasha mencebik sambil menunjukkan tangannya.
Aku tersengih melihat telatah Natasha.
“Wan.. Acha nak cakap sesuatu ni..”
“Ape dia nek? Nak kahwin dengan putera raja ker? Hahaha” aku cuba untuk bergurau lagi.
“Eii.. Tak baik tau.. Acha serius nie.. Wan.. Acha.. erm.. Acha..” muka Natasha merah padam. Kenapa?
“Cakap la..” pintaku agar Natasha menyatakan apa yang tersirat di hatinya.
“ Erm.. Lain kali je lah..”. kata Natasha sebelum melarikan diri.
“Hey!! Ape nie Acha.. Serious la sikit okay! Hey come on laa! Jangan la lari!” Natasha tetap berjalan pergi.
Di saat itu, hujan turun dengan renyai-renyai. Tetapi ia tidak membuatkan Natasha berhenti berjalan. Dia terus berjalan.
“Aku cinta padamu!!” aku mencari-cari jeritan tersebut.
“Irwan!! Aku cinta padamu!!” jeritan Natasha.. betulkah apa yang aku dengar.. Natasha.. Natasha.. betulkah?? Degupan jantungku berhenti seketika. Bintang menjadi saksi. Hujan turun makin lebat seakan akan menyampaikan berita ke seluruh alam. Jeritan itu yang menyebabkan hidupku berubah.
I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do
I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
(When u tell me that u loved – Westlife)
Lagu itu berkumandang di saat detik detik berbahagia itu.
“Irwan..”
“Ye sayang?” aku memalingkan badanku ke arah Natasha semasa menemaninya membeli buku rujukan.
“Petang besok Wan masuk hostlel kan?” aku ternampak kesedihan di sebalik kemanisan wajah Natasha.
“Ya..Nape? Sayang nak ikut ke?” usikku. Muka Natasha merah padam. Mungkin dia malu selepas aku memanggilnya “sayang”
“Memang nak. Dapat temankan Wan tiap tiap hari. Orang tak nak la pisah ngan Wan walaupun sesaat pun. Boleh pecah hati orang asyik rindu kat Wan jer. Tapi nak buat macam mane. Beg Wan kecik sangat. Lagipun hostel Wan kan untuk lelaki saje. Taknak la! Hostel Wan buruk! Werkk!!” Natasha ketawa keriangan. Aku turut tersenyum.
“Wan kene selalu ingat kat Acha tau. Kalau tak…”
“Kalau tak ape Acha?” soalku.
“Kalau tak, Natasha lempang Wan. Biar masuk HUSM wad 30. Wad tu untuk pesakit mental je. Haa bukan orang sebarangan tau boleh masuk situ. Tapi Wan memang layak masuk situ!” usiknya lagi.
“Sayang sayang.. Wan selalu ingat kat sayang laa.” Aku cuba untuk bermanja. Muka Natasha masih merah padam. Yang pasti, hari itu telah bermulanya perhubungan yang dinamakan.. hmm cinta? Masih terlalu awal untuk di beritahu.
“Wei Mubin, borink giler akh!!”. Mubin berpaling ke arah ku.
“Kau telefon la Acha kau tu lepas nie!”. Kali ini matanya tidak berganjak dari Buku Teks Biology Form 5. Buku yang berkulit hijau itu dibacanya dengan khusyuk.
“Aku takder duit syiling laa. Waa rindu giler akh kat Natasha!!” rengekku. Mubin memberhentikan bacaannya.
“Wei Wan.. aku tengok kau nie dah angau semacam je. Wei aku pun ada kekasih gak, tapi tak la macam kau. Macam kene sampuk dengan Hantu Jepun. Wei ingat! Tahun ni kita SPM. Baik kau berhati hati.”. Terdiam aku dibuatnya. Di fikiranku, hmm betul juga apa yang dicakapnya.Pada waktu malam tersebut, aku tak dapat melelapkan mata. Kata kata Mubin telah menyengat di dasar hatiku. Aku cuba untuk melupakannya. Tapi apabila aku teringatkan masa yang tinggal sebelum SPM membuatku gelisah.
Pada pagi besoknya, Cikgu Arina, Cikgu Bahasa Melayu mengarah kami membaca cerpen “Aku, Kris dan Kristal”. Selepas itu, cikgu menerangkan butir butiran serta maklumat tentang cerpen tersebut. Itu semua tidak menarik minatku kecuali..
“Awak semua sedar tak yang awak semua cuma ada masa beberapa bulan je sebelum SPM”. Cikgu Arina bangun sambil melihat muka anak muridnya.
“Maybe 10 bulan lagi, cikgu” sahut Farid.
“Yela!! Tahu pun. Habistu kenapa awak semua nampak relax jer? Dah la nota saya awak semua tak buat. Waktu malam awak buat ape? Main mesej dengan kekasih ker?”. Soalan cikgu Arina telah mengubah mood aku. Aku memberikan perhatian sepenuhnya sambil merenung muka cikgu yang bersinar sinar itu.
“Awak semua nie kecil lagi! Tak usahlah fikir yang bukan bukan. Kekasih awak tu bukan boleh buat awak dapat 12A1. Lain la kalau kekasih awak tu guru. Buat masa sekarang, belajar dulu! Pastu cari kerja, barulah bercinta. Kalau tak, awak nak sara anak dara orang dengan pasir ker?”.Cikgu Arina terus memberi nasihat.
“Masa nie bukan masa yang sesuai untuk awak semua bercinta. Percayalah cakap saya”. Entah kenapa kata kata cikgu BM tersebut telah membuat ingatanku terhadap Natasha hilang. Malah ingatanku sekarang telah dipenuhi lafaz lafaz janji terhadap ibu bapaku.
Semalaman aku berfikir. Kata dua orang insan tersebut berlegar legar di fikiranku. Aku berasa sedih bila terfikirkan amanah ibu bapaku yang telah aku kianati selama ini.
“Irwan, kita ni bukan orang kaya. Mama ngan abah cuma seorang guru” kata mama semasa hari pertama aku nak bertolak ke asrama.
“Wan tau mama..”
“Irwan belajar bersungguh sungguh ye nak.. Wan cuma ada 1 tahun nie je.. belajar la bersungguh sungguh..”. Mama meneruskan lagi.
“Kita nie hamba Allah. Kita akan kembali padanya. Mama dan abah bukan hidup selama lamanya. Sebelum mama pergi, mama nak tengok anak mama berjaya. Janji ngan mama yang Wan akan belajar bersungguh sungguh”. Kata kata mama membuatkan air mata aku ingin mengalir. Tapi aku tahan. Tanpa disedari aku lafazkan juga..
“Baik mama. Wan janji akan belajar bersungguh sungguh. Irwan takkan hampakan mama”. Begitu banyak janji aku dengan ibu bapaku dan begitu banyak aku telah munkir janjiku. Aku begitu sedih sekali. Natasha. Ye Natasha. Macamana aku dengan dia nanti? Ohh Natasha.. Aku sungguh keliru..
Keesokannya aku pulang ke rumah. Hari ini hari jadi Natasha ke 17. Dalam perjalanan ke rumah, aku singgah ke kedai hadiah di hadapan Pasar Wakaf Bharu. Aku memilih sebuah anak patung beruang berwarna putih. Sungguh comel anak patung tu. Selepas itu aku terus berjalan pulang. Pada waktu malam tersebut, aku membawa Natasha makan angin di bandar Kota Bharu dengan kereta Kenari Merah DBA 2907 milik abahku. Aku membawa Natasha ke restoran berdekatan dengan Sungai Kelantan. Yang pasti, Natasha yang kelihatan gembira terus berubah selepas melihat muka aku yang muram. Sebelum aku menghantar Natasha pulang, aku membawa Natasha ke taman dimana aku mengetahui perasaan Natasha terhadapku dulu.
“Natasha..”. Panggilan aku tidak disahutnya. Rupa rupanya Natasha sedang mengelamun jauh. Lantas aku menarik hidungnya.
“Hey!!! Ape nie.. main tarik hidung Acha plak”. Natasha mencubit pahaku.
“Sakitlaa… hey.. Selamat hari jadi, Acha” ucapku sambil memberikan anak patung beruang yang ku beli petang tadi. Senyumanku tawar. Natasha mengambilnya tapi tiada reaksi gembira.
“Wan..” Natasha memanggilku.
“Ye.. nape?” jawabku ringkas.
“Wan lain la malam nie..”
“Lain? Lain macam mane?”
“Mana panggilan “sayang” untuk Acha?”
“……….”
“Wan…..”
“……….” Aku terus membisu.
“Wan..”
“Acha.. im so sorry.. I don’t think that we can continue our relationship.. im so sorry!!”
“ Wan.. ape yang Wan mengarut nie.. hah sayang? Kenapa nie? Wan ade masalah ker? Cuba bagitahu Acha.. jangan buat Acha takut please..” suara Natasha semakin perlahan.
“Acha.. Acha cinta Wan? Sayang Wan?” pertanyaanku itu membuat dia tersentak.
“ Ye la sayang. Acha cinta Wan, Sayang wan. Sayang sangat!!”
“Acha sanggup tunggu Wan?”
“Tunggu? Maksud Wan... Wan.. Wan bergurau je kan? Kan?? Wan.. tell me.. Wan bergurau je kan?? Wan.. please.. stop that joke.. please.. Acha merayu..” suara Natasha seakan akan mahu menangis.
“Wan dah buat keputusan. Wan nak kita stop dulu perhubungan kita” jelasku.
“Hah?! Kenapa Wan? Kenapa?? Apa salah Acha? Hah ape salah Acha??”
“Acha tak salah.. tapi Wan yang salah.. Wan cintakan Acha.. sayang Acha.. lebih dari sayang Acha terhadap Wan..”
“Habis tu.. apa masalah Wan??”
“Acha.. kita sepatutnya utamakan pelajaran kita dahulu. SPM dah hampir sayang..”
“Jangan panggil Acha SAYANG!!”muka Natasha merah padam.
“Maafkan Wan.. Wan terpaksa pilih jalan nie demi kebaikan Wan dan Acha bersama..”
“Tipu!!!” suara Natasha seakan menjerit. Air matanya berlinang pantas.
“Tak Natasha.. Please.. Jangan cakap camtu..” rayuku.
“Wan tipu!! Ada orang lain dalam hidup Wan kan?? Wan cintakan orang lain kan?? Kalau tak, takkan Wan macam nie. Layan Acha macam anak patung nie.. Wan pergi kat Acha masa perlukan Acha, lepas tu buang Acha masa tak nak!!” jari Natasha menunding ke arah anak patung yang ada di atas meja di tepi aku.sebelum sempat aku menjawab, Natasha menyambung lagi.
“Wan memang cintakan orang lain!! Mengaku sajalah!! Acha memang bodoh.. Acha yang buta.. tak dapat kesan yang Wan memang tak cintakan Acha.. Acha memang bodoh!!”
“Astagfirullahalazim.. bawa mengucap Acha. Jangan cakap bukan bukan okay..” pintaku. Air mata Natasha masih belum berhenti mengalir. Tanpa disedari, pipiku turut basah.
“Natasha.. walau apapun yang berlaku, kasih sayang dan cinta Wan terhadap Acha tidak sesekali berubah”.
“Tipu!!! Acha benci Wan!! Benci sangat!!” Natasha terus berlari. Hujan turun dengan lebat. Kilat sambung menyambung. Turut menangisi kisah dua insan yang berlaku..
“Acha…”
“Acha.. Aku mencintai mu!!!!”
“Acha!!!”. Aku menjerit sekuat hati. Tapi yang pasti, Acha terus melarikan diri.
Sejak hari itu, muka Natasha tidak lagi kelihatan. Selalunya pada hari terakhir aku berada di rumah, dia selalu berada di taman itu. Mukanya yang manis itu dapat menjadi penawar rinduku bila ke asrama nanti.
“Assalamualaikum..” aku memberi salam di hadapan rumah Natasha. Sunyi.. sepi..
“Assalamualaikum.. Acha.. Acha.. Ni Irwan nie..”. Salamku tidak disahut. Tiba tiba, jiran rumah Natasha, Mak Cik Senah keluar untuk menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Dia melihat aku dengan muka kehairanan.
“Hah Wan.. Apa kau buat kat sini?” soal Mak cik Senah.
“Mak Cik, tau tak Acha pergi mana? Dari tadi orang panggil takder orang sahut”. Aku terus menyoal tanpa menjawab soalannya. Bagiku soalannya tidak penting. Yang penting, mana Natasha???
“Acha? Owh.. dia dah pindah semalam.. dia ikut ibu saudara dia ke Kuala Lumpur. Dia kata dia sunyi tinggal sorang sorang kat sini. Yela.. dia kan anak yatim piatu..”
“Ape??? Dah pindah?? Biar betul?!”. Aku panik. Cemas.. terasa berat kepalaku..
“yela..Kau ingat makcik nie penipu ker? Dia tak cakap kat kau ker?? Hah baru aku ingat dia ada bagi surat untuk kau..” jawab makcik sambil mengambil surat di atas meja dalam rumahnya.
“Nah.. nie suratnya.. makcik masuk dulu ye..” jawab makcik sambil beredar dari situ. Aku kaku..pilu. Surat itu aku buka dengan perlahan.
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu Acha ingin meminta maaf atas kejadian yang berlaku. Mungkin Irwan terkejut dan sedih. Betul kata Wan, mungkin ini jalan terbaik. Acha tak sanggup berhadapan dengan Wan selepas kejadian tempoh hari. Acha betul betul terasa dengan sikap dan pemikiran Wan. Wan sepatutnya tahu bahawa cinta kita adalah perangsang untuk kita berjaya. Acha betul betul kecewa dengan sikap Wan. Mahligai impian yang kita bina bersama telah hancur. Tapi Acha tak salahkan Wan. Betul kata pepatah. Ajal dan jodoh di tangan Tuhan.
Acha nak Wan tau yang Acha tak pernah berputus asa. Wan tetap berada di hati Acha buat selamanya. Acha akan menunggu kedatangan Wan. Acha mintak maaf kerana tidak dapat memberi alamat rumah yang Acha menetap sekarang.Wan.. Wan ingat lagi tak disaat kita bertemu? Di hadapan pulau langkawi, pada waktu petang yang diterangi cahaya matahari terbenam. Indah sungguh saat itu. Siapa sangka yang kita adalah jiran masa tu. Acha takkan melupakannya sampai bila bila. Kenangan kita bersama selama 4 tahun tidak akan sesekali Acha lupakan. Insya Allah.
Akhirnya, Acha ingin sekali lagi meminta maaf atas semua yang berlaku. Acha harap Wan tidak sedih dengan keputusan Acha. Anggaplah ini satu dugaan yang perlu kita tempuhi. Ada jodoh tak ke mana. Disini, Acha sertakan ukiran kayu burung merpati yang Wan ukirkan untuk Acha. Semoga ia menjadi azimat untuk Wan selamanya.
Selamat tinggal,
Nur Natasha
Aku menatap suratnya berkali kali. Tanpa aku sedari, air mataku jatuh membasahi surat itu. Acha.. maafkan aku!!! Jangan tinggalkan aku!! Acha!!!!! Aku perlukan mu!!!!
Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama mu
Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu
Kehilanganmu
Oh…oh…..
Yea…yea…..
Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu
(Perpisahan – Anuar Zain)
Rintihan hatiku..mula menangisi hati ini.
“Wei Wan!! Buat ape tu??”. Suara Mubin mengejutkan aku dari lamunan. Aku tersenyum memandang muka sahabatku itu.
“Hey.. besok kita exam kan.. so ape kata hari ini kita datang awal sedikit ke sekolah. Salam dengan cikgu, dengan kawan kawan.. mintak ampun.. kita sebagai pelajar tak pernah lari dari membuat kesalahan.” Ajak Mubin.
“Hmm betul juga.. aku ingat nak mintak maaf dengan semua guru guru dan mintak halal atas semua ilmu yang dicurahkan.. dengan kawan kawan pun sama.. kawan..”. Tiba tiba aku teringatkan Natasha, kawan aku, kekasih aku, nyawa aku. Natasha maafkan aku!! Air mata aku begitu mudah mengalir. Kenapa?? Aku malu! Sebagai seorang lelaki sepatutnya aku tak mudah mengalirkan air mata. Tetapi diriku tidak dapat menahan air mata disebabkan Natsha. Natasha.. Aku rindu padamu.
“Wei Wan.. nape nie… kau teringat kat Acha lagi ker.. hey.. dah la.. benda dah lepas biarkan ia pergi”. Aku berhenti menangis. Kata kata mubin telah banyak membuatkan aku lebih tabah. Aku perlukan dirinya. Hanya dia sahaja kawan karibku yang faham akan isi hatiku.
“Wan.. aku mintak maafla kalau aku salah.. Pasal aku cakap tentang Acha aritu bukan bermakna aku nak kau putus. Aku pun still couple dengan kekasih aku tapi kami gunakan masa bersama dengan berbincang pasal pelajaran.. aku mintak maaf kalau kau ingat aku suruh kau putuskan hubungan dengan Acha”.
“Hmm tadi cakap suruh lupakan.. aku dah lupakan.. takpelah.. aku berjanji akan mencari Acha.. aku janji.. aku akan bawa Acha pulang sebagai isteri aku yang sah. Aku janji!”
“Pape la. Janji sekarang, Do The Best In Exam!!”
“Yup!! Sama sama kita berusaha”
“That’s my friend! Okay la Wan, Jom ke kelas!” sahut Mubin.
Hari tersebut, aku telah lupakan apa yang berlaku antara aku dengan Natasha. Aku memberi sepenuh perhatian dalam majlis di dewan. Majlis itu diadakan khas untuk pelajar yang akan menduduki SPM besok. Antara nasihat yang diberikan aku sematkan di dalam hati.
Hari yang ditunggu sudah tiba. Saat bermulanya kehangatan SPM telah mula membakar diriku. Aku akan membuat sebaik mungkin untuk diriku, abah, mama dan… Natasha. Semua soalan yang diberikan sangat sukar tapi aku pasti telah menjawabnya dengan baik. Apa yang dapat aku buat ialah tawakal. Terdetik di hatiku, apa yang berlaku dengan Natasha sekarang. Dapatkah dia menjawab soalan SPM dengan baik. Hanya Allah yang tahu.
YA ALLAH YA TUHANKU, PERMUDAHKANLAH AKU DAN DIA MENEMPUHI UJIAN INI. BERIKANLAH KAMI SEMANGAT DAN KETABAHAN SUPAYA IA DAPAT MEMBUATKAN KAMI TENANG. AMIN
Sudah 7 tahun berlalu. Akhirnya aku telah menjadi apa yang aku idamkan. Keputusan SPM 12A1, kelulusan dangan kepujian telah membuatkan hatiku gembira. Kini aku seorang pensyarah di MMU. Walaupun kesenangan membuatku gembira tapi tanpa Natasha, diriku belum sempurna. Aku masih tercari cari akan dirinya. Bagaimanakah dia sekarang? Sihatkah dia? Mesti dia makin cantik sekarang. Cantik mengalahkan lagenda Puteri Gunung Ledang. Aku merinduinya. Aku rindu!! Tapi bagaimanakah aku dapat melepaskan rindu yang teramat sangat tanpa dirinya dihadapanku.
Semasa aku sibuk mengemas nota yang aku sediakan untuk anak didikku di kamar tidurku, aku terpandang akan satu kotak. Kotak yang menarik hatiku untuk membukanya. Aku baru teringat akan kewujudan kota tersebut. Kotak itu telah menyimpan semua kenangan aku dan Natasha. Aku pun membukanya. Aku melihat isi kandungan tersebut sambil tersenyum. Gambar aku dan Natasha berada di hadapan matahari terbenam di saat kali pertama kami berjumpa aku tatap lama lama. Tiba tiba gambar itu terjatuh. Aku ternampak akan satu tulisan yang berada di belakang gambar tersebut..
“ Acha akan tunggu Wan tiap tiap hari Ulang Tahun kita berjumpa..”
Hari ulang tahun? Hmm bukankah hari itu lusa?? Jantungku berdegup kencang. Mungkin ini adalah peluangku untuk berjumpa dengan Natasha, kekasih aku awal dan akhir. Tunggu aku Natasha!!
Selepas aku membeli sebentuk cincin aku dengan pantas pergi ke Pulau Langkawi. Waktu tiba disana ialah waktu tengahari. Aku mencari cari seseorang yang seakan Natasha di sana tapi hanyalah kekecewaan yang aku dapat. Aku tidak nampak pun sesiapa yang seakan Natasha disana. Aku mengambil keputusan untuk menetap disana dan menunggu saat matahari terbenam. Hatiku berdegup kencang. Tak tahan untuk berjumpa dengan si dia.
Saat itu telah tiba.. aku duduk menghadap matahari terbenam. Tapi, tiada sesiapa di sana. Hatiku hancur bagai kaca terhempas. Mungkin Natasha sudah malas untuk menunggu aku. Aku sedih. Inilah balasan yang aku dapat kerana mengecewakan hati seorang perempuan yang mengasihi aku. aku sedih!! Pilu!! Aku menutup mukaku! Kecewa dengan apa yang terjadi. Tiba tiba aku dapat rasakan seseorang memegang bahuku. Aku melihat siapakah gerangannya.
Natasha!! Natasha!! Dia dihadapanku. Dia memegang bahuku sambil tersenyum. Aku pantas bangun. Aku tersenyum girang. Tiada apa yang dapat memisahkan kami lagi. “Lama tunggu?” soal Natasha.
“A’a la!! Lama sangat tau. Nape lambat? Wan rindu kat Acha tau. Sampai hati tinggalkan Wan sorang sorang” jawabku seakan akan merajuk.
“Tu la. Baru nak datang. Dah berapa lama dah orang tunggu Wan. Tapi Wan tak datang.”
“Maafkan Wan..”
“Maaf? Tak maw! Wan kene denda!”
“Denda? Denda ape”
“ Wan kene kejar Acha sampai dapat!” jawab Natasha sambil melarikan diri. Tapi aku dapat memegang tangannya. Aku melutut. Natasha kehairanan melihat telatahku. Aku mengeluarkan sebentuk cincin. Dihadapan matahari terbenam, aku melamarnya. Air mata Natasha mengalir. Yang pasti, ia air mata kegembiraan. Terima kasih Natasha. Hmm inilah cinta. Ia tidak dapat diterangkan melalui perkataan. Tapi ia dapat dirasai menggunakan hati. Cinta memerlukan pengorbanan untuk memastikan ia kekal selamanya.. cinta…